Sunday, October 3, 2010

Hati-hati dengan aper yang anda makan.

Salam kepada semua umat islam..
nie nk beritahu semua ttg satu makanan nie..

alkisah nak diceritakan la..
stu malam tu, dok tgah syok layn FB... ttber jer perut rasa lapar...
 n than g kedapur,
bt2 cri la mknn..(x dak mkanan pn)
huhu
per lagi, aku cri jer la lgi..
xmbil2 minum air..
tetibe jer terpandang kat atas peti tu ada pudding berperisa..
fuh syok gler klu dpt makan nie.. dahla bnyak plak tu..
 heheh mula nk jd tamak,,

 so, aku ambik jer la... mula2 ngat nak makan.
tp tber2 terpikir, nper semua fmily aku x makan (membtkan aku serba salah)..

so aku pun kaji la sbb per,
upernyer, dlm kandungan tersebut ada code yang umat islam kner hati2 bler nk mkn..
sbb code tu ada unsur2 PIG... (semua umat islam dilarang makan).
"PUDING beperisa buah-buahan buatan daripada RICO FOOD IND.SDN.BHD".dah 2 tiga hari dah sebenarnyer atas peti tu,tpi x dak yg mkan, tu yg bt aku plik..
ada somthing cara kilang nie proses puding...
kat sini ada code2 yg ada unsur pig..
so hati2 yer ngn per kter mkn..

klu kter makn menda Haram makanyer truk kter nnt.. hati pun gelap.. bnyak la plak pekara2 x diingini berlak nanti....
ANGINA PEKTORIS

Donwload at here

Friday, September 3, 2010

TRAUMA GINJAL



 inginkan pengetahuan mengenai ginjal?
KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD
TRAUMA GINJAL

Wednesday, September 1, 2010

Akibat dan Kesan Pengambilam Alkohol dan Rokok

Salam semua..
ramai yg masih belum sedar  tentang penggunaan rokok yang menyebabkan kesihatan terjejas..
ramai juga berpendapat bahawa rokok penyambung kepada nyawa..
ada pula berpendapat rokok itu pembunuh.
walaupepun pendapat anda,

pastikan anda baca ini..Rokok pemusnah kehidupan

akibatnya kanser yang tidak diingini dapat free2 je.. so..nak tau per kanser mulut? baca ini
kanser mulut yang teruk



Atau boleh download disini mengenai kanser mulut (in mic.word):-

DOWNLOAD DISINI!!!

Saturday, August 28, 2010

Keinsafan

Assalamualaikum..

baru2 nie aku dah jalani stu program jati diri bersama seorang pakar motivasi..
program nie plak wat kat kolej aku..selama 3 hari 2 malam...
nie nak cter dan nak kongsi2 la skit sebanyak per yang aku dapat sepanjang program tu..
sebelum tu mohon maaf kuhulurkan andai terkasar bahasa sepanjang pejalanan citer nie..
first.
mmg aku x berminat sebenarnya di motivasi2kan ni, sbb aku yg suka bg  motivasi..tp bler pkir2 blik, bdoh jugak la kan.. mcm ner nak bg motivasi kat org klu diri sendiri tak termotivasi..

tu la sbbnyer aku join program tu...
mla2 mmg x best sbb starting dia slow yg amat...
sper2 yang pergi tpi x dapat input(apa-apa), mmg sia-sia la... golongan ni, golongan yg rugi masa dan tenaga je...(maybe keturunan kot)..haha
nak tau per yg aku dapat? ha har,,nie dia yg aku dapt..
lau nak cter details mmg letih siot tgn aku nak taip...korang pun jd bosan plak bcer panjang2 kan...

pertama,
aku dapat satu keinsafan..mmg aku x nafikan la sblum nie aku still ngn mn2 jer..bt  semua pekara x pernah nak serius pun.. blajar mn2, mn pn mn2, mkan mn2, (pendek kata segala benda aku bt mn2 la..)
skrg aku dah sedar..rugi siot mn2 nie..x dak per yg dapat..(thanks to Allah)..sbb bg aku kesedaran nie.
keinsafan nie jgk lhir dari hati dan jiwa aku...bak kata org,( klu insaf setakat di bibir sahaja x jadik, nak insaf biarla dr hati dan jiwa yg mendalam)...(tq gak kat mak n abah aku yg sentiasa doakan aku)
so inilah tekad aku..

aku x tau la rakan2 yang join program nie mcmner plak...nie aku cter kisah aku je la.. untuk renungan bersama..
sikit2 msuk kwan2 tu biasa la... jgn maroh noo(loghat utara la plak)...

kedua,
nie yg best skit yg aku dapat, iaitu keyakinan (sory noo klu x ikut susunan)..
perh. nie mmg best skali yg aku dapat...almaklumlah jdi org penting sepanjang program,...
mula2 mmg aku x ykin pun.. x penah yakin pun per yg aku bt...sbb tu aku x berjaya2...
sepanjang pemerhatian aku, aku tgk rakan2 aku yang lain pun mmg macam tu jgk,. hilang keyakinan dalam diri..
tp lepas jer program tu berjalan.. aku dah mula belajar tuk yakinkan diri yg setiap perkara yang nak dibuat tu kner la ykin..(i can do it what i think),,tu pepatah yg aku dapat la ttg yakin..bnyak lagi sebenarnyer..(IF U THINK POSITIF, U CAN GET POSITIF ALWAYS, IF U THINK NEGATIF, U CAN GET NEGATIF ALWAYS, U GET WHAT U THINK)...nie pun aku dapat gak....

ketiganye plak..
rahsia cepat belajar... nie pun aku dah try... mmg terbukti berkesan..
sebenarnye pkara nie mmg dah lamer aku dapat.. aku cter jer la tuk dikongsi bersama...
nak tau ker rahsianyer per?
mudah jer la rahsianyer. study jer la..
study3 dan study...ahhaahahah (jgn mare).
x dak la....rahsianyer cukup senang  study ikut kemahiran masing2.. plih cara study pling berkesan tuk diri.. mcm aku, aku x ley nk stdy time bsing2.. aku ley masyuk time senyap jer.separuh org plak, xdak music x ley plak stdy.. tu atas hal msing2.. tpi per yg nk dikongsi, time dan masa stdy.. nie masa pling sesuai tuk korg stdy...time pagi2 hari lagi,, pas subuh ker...
sbbnyer?.. har...nie la sbbnyer.. time pg2 la kepala tgh fresh lagi.. gh kosong lagi.. tu senang nak msuk..
tpi aku nasihat kt kwan2... Study Smart.. jgn stdy hard tpi x smart..
rgi...sbb penat..aku pun skarg nie ngh ubah cara study aku..
jom smer2 ker berubah..

aiseyymen..panjang sgt la plak..x hbs cter lgi nie.
x per la..nnt la aku smbung cter aku...berpndukan diari semasa aku....
akhir kata dariku untuk semua bt kali ini, MAJULAH DIRI ANDA TUK KEJAYAAN ANDA......
Wasalam...

Friday, July 30, 2010

doa makan




اَللّهُمَّ باَرِكلَناَ فِيْماَ رَزَقْتَناَ
وَقِناَ عَذاَبَ الناَّرَ.
Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau beri pada kami dan jauhkanlah kami dari azab api neraka. Amen.






اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَطْعَمَناَ وَسَقَناَ وَجَعَلَناَ مِنَ الْمُسْلِمِيْنِ.
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan dan minum serta menjadikan kami sebagai seorang muslim. Amen.

Monday, July 26, 2010


PARKINSON DISEASE

Gangguan pada bahagian Basal Ganglia di otak dengan keadaan perwatakan  iaitu kekakuan otot dan kelembapan dalam pergerakan, mengalami tremors semasa berehat. Gangguan keseimbangan postur semasa tindakan spontan.

DEFINISI

Parkinson adalah penyakit neurologi degeneratif yang ditunjukkan dengan tremors berlaku semasa rehat, kekakuan pada otot atau rigidity dan bradikinesia iaitu pergerakan yang perlahan atau lembab.

INSIDEN

Penyakit gangguan yang sering menyerang warga tua berusia 60 tahun dan ke atas. Nisbah lelaki adalah tinggi berbanding perempuan.



 
PATOFISIOLOGI

•Pergerakan badan yang dikawal adalah dengan adanya tindakan neurotransmitter di dalam basal ganglian di otak.
•Sebahagian neurotransmitters memudahkan transmisi penarikan impuls saraf, manakala neurotransmiter yang lain akan menghalang transmisi tersebut
•Apabila kedua-kedua-dua neurotransmiter ini bekerjasama, sistem ini akan memebenarkan pengawalan pergerakan yang dilakukan oelh anggota badan
•satu gangguan yang berlaku antara penarikan dan penghalangan neurotransmiter akan meyebabkan gangguan pada fungsi motor voluntary.
•Di dalam penyakit parkinson, neuron di dalam cerebral cortex membesar dan hilang dan dopaminergic nigostriatal (pigmented) yang sempit merosot.
•Bilangan dopamine reseptor yang spesifik di dalam basal ganglia akan menurun.
•penyakit ini akan menyebabkan ppeurunan dopamine(satu neurotransmiter yang membantu mengawal impuls saraf yang terlibat dalam fungsi motor).
•Keseimbangan biasa dopamine(satu neurotarnsmiter penghalang) dan acetylcholine(satu neurotransmiter penarik)  di dalam otak terganggu dan dopamine tidak lagi menghalang acetylcholine
•Kegagalan untuk menghalang acetylcholine adalah penyumbang utama bagi manifestasi klinikal penyakit ini.

ETIOLOGI

Penyabab utama adalah idiophatik.
•Faktor persekitaran
•Toksin yang diambil melalui makanan atau minuman secara oral boleh menyebabkan parkinson
•Pengambilan ubatanterutama dopamine antagonist seperti phenothiazines,reserpine dan halopiridol.
•CVA atau strok yang berlaku terutamanya infark lakuna pada basal ganglia.

MANIFESTASI KLINIKAL

GANGGUAN FUNGSI MOTOR
Tremors
Rigidity
Bradikynesia

GANGGUAN FUNGSI SISTEM AUTONOMI
•Masalah kulit
Konstipasi

GANGGUAN FUNGSI PSIKOLOGI
Dementia
Kebimbangan  dan tekanan

INVESTIGASI ATAU PENYIASATAN
EEG(Elektroencepalogram)
•Menunjukkan pola perlahan dan tidak teratur.
Upper GI  X-ray series
•Untuk melihat masalah konstipasi yang berlaku
CBC(Complete Blood Count)
•Menunjukkan penurunan paras hemoglobin dan hemtokrit(Pemecahan sel darah merah) yang berlaku yang boleh menyebabkan anemia.
CT SCAN
•Untuk mengesan keabnormalan saraf dalam otak.

RAWATAN DAN PENGUBATAN
UBATAN
•Levedopa
–-Mengembalikan kadar dopamine dalam subtansia nigra yang atrofik
•Carbidopa-Levodopa
–-Mencegah carboxylase daripada menukarkan levodopa kepada dopamine di         dalam tisu periferi.
•Amantadine

SURGERY

Tanggungjawab jururawat

•Perhatikan kemampuan pesakit dalam melakukan aktiviti dan pergerakan motor pesakit sebelum memberi ubatan kepada pesakit.
•Untuk mengelakkan kesan sampingan yang lebih teruK, asses kadaan pesakit sebelum memulakan terapi.
•Monitor pengambilan ubat yang boleh menyebakan revese action dengan pengambilan ubatan ini.

Pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga pesakit

•Ubatan ini mungkin tidak akan menujukkan kesan pada pengambilan di awal dua minggu hingga satu bulan.
•Elakkan nausea dengan mengambil ubatan bersama makanan
•Lakukan perubahan posisi engan perlahan untuk mengelakkan hipotension.
•Elakkan kostipasi dengan meningkatkan pengambilan cecair.

KOMPLIKASI

•Hilang pergerakan spontan
•Disphagia pada tahap kronik
•UTI
•Masalah kulit
•Penurunan tahap pergerakan kerana bolah menyebabkan konstipasi, edema pada buku lali dan kontraktur.
•Gaya berjalan yang agak pantas tetapi langkah pendek dan menyeret kaki.

PENDIDIKAN KESIHATAN

•Nasihatkan ahli keluarga memberikan makanan yang mudah dikunyah dan ditelan.
•Makanan haruslah dipotong kapada saiz yang kecil sebelum di sediakan.
•Rancang waktu makan pesakit dengan tepat untuk menggalakkan pesakit berdikari dan membiasakan diri.
•Galakkan pesakit mengambil minuman sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelak dari sembelit dan letih.
•Nasihatkan pesakit supaya mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
•Galakkan pesakit melakukan senaman mengikut kemampuan diri.


by: www.kelabnurse.blogspot.com

Sunday, July 25, 2010

Otitis Media (Gangguan telinga )


Definisi : otitis media

·         Adalah inflamasi pada telinga tengah

·         Ia mungkin atau tidak mungkin berjangkit

 

Insiden

·         Prevalen penyakit ini tinggi semasa peringkat awal kanak-kanak

·         Insiden paling tinggi berlaku semasa kanak2 dlm lingkungan umur 6 bulan sehingga 2 tahun & mulai menurun apabila usia meningkat – terutamanya suppurative otitis media

·         Non-suppurative lebih kerap berlaku di kalangan kanak2 sekolah

·         Insiden lebih tinggi berlaku pada musim salji & awal musim bunga

 

Etiologi

1.      Suppurative Otitis Media

a.      Bacteria :

·         Hemophilus influenza

·         Beta Hemolitik Streptococcal

·         Pneumococci

b. Sekunder

·         Sejuk

·         Measles / campak

·         Scarlet fever

 

2. non-suppurative Otitis Media

·         Alahan

·         Gangguan fungsi kanal auditori

            i. kesekatan

            ii. Lubang yg abnormal (abnormal patency)

c. Tidak diketahui.

 

3. Faktor mempradispos:

·         Kanal auditori kanak2 lebih pendek, lebar & lurus (horizontal) – memudahkan serangan mikroorganisma ke telinga tengah

·         Anatomik otot tiub & rawan / cartilage terdapat pd kanak2 di bawah umur 2 tahun kurang matang

·         Kecacatan congenital pd craniofacial spt.: rekahan lelangit (cleft palate) & sindrom downs.

 

Patofisiologi

Semua perubahan b/d gangguan fungsi kanal auditori.

Kesekatan pd kanal auditori akibat dari pengembangan selaput mukosa.

Tiada pertukaran udara berlaku diantara faring & telinga tengah

Kesekatan menghalang pengaliran sekresi ke nasofaring

 

2. Sekresi & bakteria terperangkap dlm telinga tengah (suppurative)

-      Bakteria membiak dgn cepat di telinga & merebak ke tulang mastoid atau telinga dlam menyebabkan hilang pendengaran secara kekal

-      Ujian pd bahagian dlm telinga menunjukkan selaput timpanik merah, legap & membonjol & kurang bergerak.  Ia mungkin di sertai dgn efusi atau tidak

 

3. Cecair & eksudat menggantikan udara pd telinga tengah.  Sekresi yg cair berubah menjadi pekat spt. gum – nonsuppurative

-      Melalui ujian telinga- selaput timpanik legap & jika ianya telus cahaya, paras gelembung udara mungkin dapat dilihat.

-      Dalam telinga tengah cecair mungkin berwarna amber atau kebiruan.  Selaput timpanik kurang bergerak & ianya mungkin terarik atau cembung.

Klasifikasi otitis media - 2

             Otitis media akut ;

-             Suppurative atau purulent

2. Otitis media kronik

-             Disertai dgn efusi, juga dipanggil sekretori serous, non-suppurative otitis media & telinga melekit (glue aera)

-             Ia mungkin mengandungi serous, bermukus atau purulent.

 

 

      Proses inflamasi yg terdapat pada telinga tengah bersama pengumpulan efusi berlaku akibat kesekatan dikanal auditori

      Ia boleh bersama infeksi atau pun tidak.  Agen bakteria atau viral menyebabkan eksudat perulen berkumpul didalam ruang telinga tengah, iaitu di belakang gegendang atau selaput timpanik.

Manifestasi klinikal :

             Pt mengadu mengalami selsema beberapa hari sebelumnya.

             Demam mungkin mencecah 40°C

             Discaj pururlen (otorrhea) – jika selaput timpanik pecah.

 

 

             Kanak2 yg lebih besar :

             Mengadu kesakitan – simtom pertama & telinga terasa penuh (fullness )

             Pendengaran kurang jelas

             Sakit kepala

             Muntah

 

 

             Bagi bayi :

             Mereka akan menggosok telinga menandakan kesakitan

             Anoreksia

             Direa

             Memusingkan kepala dari sisi ke sisi

             Hilang pendengaran

 

      Mungkin mempunyai riwayat / sejarah :

-      Infeksi pernafasan atas

-      Kecacatan imunologik

-      Kecederaan kepala

Nilaian diagnostik :

             Ujian otoscopy – menunjukkan selaput timpanik :

-             Tegang

-             Terbonjol

-             Legap &

-             Pergerakanya terganggu

2. Culture & sensitiviti swab telinga

      Spesimen diperolehi melalui selaput timpanik yg pecah atau dengan melakukan myringotomi.

      Keputusan mungkin menunjukkan organisma penyebab

3. Tympanometry

      Alat electroacoustic impendence bridge- Tympanogram yg diperolehi akan mempamirkan dinamik selaput timpanik, telinga tengah dan

 

4. Acoustic emittance measurement – ukuran kemasukan bunyi.  Ia dilakukan utk menguji hilang pendengaran konduktif.

Komplikasi :

             Mungkin terjadi melibatkan fungsi atau struktur :

Gangguan fungsi :

             Hilang pendengaran konduktif

        ( disruption of transmission of sound fr the external auditory meatus to the inner ear)

 

 

Komplikasi : 2. Gangguan struktur :

             Retraksi selaput timpanik atau poket timpanik :

- Terjadi apabila tekanan negatif pd telinga tengah secara berterusan akan menarik selaput timpanik hala ke dalam.  Retraksi yg berlaku akan mengganggu transmisi bunyi.

 

b. Tympanosclerosis – gegendang telinga berparut akibat drpd terdapatnya mendapan bahan hyaline di dlm lapisan berfiber selaput timpanik.

 

c. Perforasi gegendang telinga – komplikasi yg sering berlaku pd otitis media kronik

 

 

d. Adhesive otitis media (glue ear) – penebalan pd selaput mukosa disebabkan oleh proliferasi / kembang biak tisu berfiber menyebabkan osikel telinga bercantum & menghasilkan hilang pendengaran

 

e. Otitis media suppurative kronik – inflamasi pd telinga & mastoid yg dipastikan terjadi dgn adanya perforasi & dicaj (otorrhea) dalam tempoh selama 6 minggu

 

f. Labyrinthitis – infeksi pd telinga dalam

 

g. Mastoiditis – infeksi pd sinus mastoid – jarang berlaku, jika diberi terapi antibiotik

 

h. Meningitis – kemungkinan terjadi komplikasi suppurative intracranial berikutn dgn infeksi apda telinga tengah atau mastoid.  Walau bagaimanapun komplikasi ini mungkin jarang berlaku jika antibiotik digunakan mencukupi

 

i. Cholesteatoma ( a cyst or mass filled with epithelial cells debris, benign & slow growing tumor)– jarang sekali berlaku tapi mempunyai potensi terjadi berikutan dengan otitis media effusion.