Monday, July 26, 2010


PARKINSON DISEASE

Gangguan pada bahagian Basal Ganglia di otak dengan keadaan perwatakan  iaitu kekakuan otot dan kelembapan dalam pergerakan, mengalami tremors semasa berehat. Gangguan keseimbangan postur semasa tindakan spontan.

DEFINISI

Parkinson adalah penyakit neurologi degeneratif yang ditunjukkan dengan tremors berlaku semasa rehat, kekakuan pada otot atau rigidity dan bradikinesia iaitu pergerakan yang perlahan atau lembab.

INSIDEN

Penyakit gangguan yang sering menyerang warga tua berusia 60 tahun dan ke atas. Nisbah lelaki adalah tinggi berbanding perempuan.



 
PATOFISIOLOGI

•Pergerakan badan yang dikawal adalah dengan adanya tindakan neurotransmitter di dalam basal ganglian di otak.
•Sebahagian neurotransmitters memudahkan transmisi penarikan impuls saraf, manakala neurotransmiter yang lain akan menghalang transmisi tersebut
•Apabila kedua-kedua-dua neurotransmiter ini bekerjasama, sistem ini akan memebenarkan pengawalan pergerakan yang dilakukan oelh anggota badan
•satu gangguan yang berlaku antara penarikan dan penghalangan neurotransmiter akan meyebabkan gangguan pada fungsi motor voluntary.
•Di dalam penyakit parkinson, neuron di dalam cerebral cortex membesar dan hilang dan dopaminergic nigostriatal (pigmented) yang sempit merosot.
•Bilangan dopamine reseptor yang spesifik di dalam basal ganglia akan menurun.
•penyakit ini akan menyebabkan ppeurunan dopamine(satu neurotransmiter yang membantu mengawal impuls saraf yang terlibat dalam fungsi motor).
•Keseimbangan biasa dopamine(satu neurotarnsmiter penghalang) dan acetylcholine(satu neurotransmiter penarik)  di dalam otak terganggu dan dopamine tidak lagi menghalang acetylcholine
•Kegagalan untuk menghalang acetylcholine adalah penyumbang utama bagi manifestasi klinikal penyakit ini.

ETIOLOGI

Penyabab utama adalah idiophatik.
•Faktor persekitaran
•Toksin yang diambil melalui makanan atau minuman secara oral boleh menyebabkan parkinson
•Pengambilan ubatanterutama dopamine antagonist seperti phenothiazines,reserpine dan halopiridol.
•CVA atau strok yang berlaku terutamanya infark lakuna pada basal ganglia.

MANIFESTASI KLINIKAL

GANGGUAN FUNGSI MOTOR
Tremors
Rigidity
Bradikynesia

GANGGUAN FUNGSI SISTEM AUTONOMI
•Masalah kulit
Konstipasi

GANGGUAN FUNGSI PSIKOLOGI
Dementia
Kebimbangan  dan tekanan

INVESTIGASI ATAU PENYIASATAN
EEG(Elektroencepalogram)
•Menunjukkan pola perlahan dan tidak teratur.
Upper GI  X-ray series
•Untuk melihat masalah konstipasi yang berlaku
CBC(Complete Blood Count)
•Menunjukkan penurunan paras hemoglobin dan hemtokrit(Pemecahan sel darah merah) yang berlaku yang boleh menyebabkan anemia.
CT SCAN
•Untuk mengesan keabnormalan saraf dalam otak.

RAWATAN DAN PENGUBATAN
UBATAN
•Levedopa
–-Mengembalikan kadar dopamine dalam subtansia nigra yang atrofik
•Carbidopa-Levodopa
–-Mencegah carboxylase daripada menukarkan levodopa kepada dopamine di         dalam tisu periferi.
•Amantadine

SURGERY

Tanggungjawab jururawat

•Perhatikan kemampuan pesakit dalam melakukan aktiviti dan pergerakan motor pesakit sebelum memberi ubatan kepada pesakit.
•Untuk mengelakkan kesan sampingan yang lebih teruK, asses kadaan pesakit sebelum memulakan terapi.
•Monitor pengambilan ubat yang boleh menyebakan revese action dengan pengambilan ubatan ini.

Pendidikan kesihatan kepada pesakit dan keluarga pesakit

•Ubatan ini mungkin tidak akan menujukkan kesan pada pengambilan di awal dua minggu hingga satu bulan.
•Elakkan nausea dengan mengambil ubatan bersama makanan
•Lakukan perubahan posisi engan perlahan untuk mengelakkan hipotension.
•Elakkan kostipasi dengan meningkatkan pengambilan cecair.

KOMPLIKASI

•Hilang pergerakan spontan
•Disphagia pada tahap kronik
•UTI
•Masalah kulit
•Penurunan tahap pergerakan kerana bolah menyebabkan konstipasi, edema pada buku lali dan kontraktur.
•Gaya berjalan yang agak pantas tetapi langkah pendek dan menyeret kaki.

PENDIDIKAN KESIHATAN

•Nasihatkan ahli keluarga memberikan makanan yang mudah dikunyah dan ditelan.
•Makanan haruslah dipotong kapada saiz yang kecil sebelum di sediakan.
•Rancang waktu makan pesakit dengan tepat untuk menggalakkan pesakit berdikari dan membiasakan diri.
•Galakkan pesakit mengambil minuman sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengelak dari sembelit dan letih.
•Nasihatkan pesakit supaya mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
•Galakkan pesakit melakukan senaman mengikut kemampuan diri.


by: www.kelabnurse.blogspot.com

No comments: